Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebakaran belukar sehingga langit menjadi merah.
Untuk pengetahuan, krisis kebakaran belukar bermula sejak September 2018. Ia telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorbankan hampir 500 juta haiwan pelbagai spesies.
Cuaca berangin serta suhu yang tinggi membuatkan api semakin mudah merebak.
Menurut seorang profesor dari fakulti Sains Bumi, Atmosfera dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, tahun lalu merupakan tahun paling kering sehingga gambaran kebakaran yang buruk itu boleh dilihat di satelit.
Apa yang terjadi ini telah menyatukan penganut berlainan agama untuk sama-sama berdoa meminta agar hujan diturunkan.
Alhamdulillah, akhirnya hajat mereka telah tertunai apabila hujan mula turun.
Semoga hujan ini terus tersebar di kawasan yang dilanda kebakaran. Sama-sama kita doakan yang terbaik 🙂