Semalam terjadinya satu tragedi yang melibatkan sekeluarga yang dikhuatiri lemas, dipercayai berlaku di Kampung Laut, Pasir Gajah kira-kira jam 12.45 tengah hari Ahad.

Menurut laporan Buletin TV3, kesemua keluarga tersebut dihanyutkan di kampung berkenaan, dan seorang mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.

2 Mayat Ditemui, Kemungkinan Lagi 8 Orang Masih Hilang

Menurut sumber Buletin TV3, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan mempercayai bahawa 8 orang yang masih tidak ditemui itu menjadi mangsa yang dibawa kepala air.

“Pihak polis juga menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan sebuah motosikal kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan”, katanya.

Mencari Waris Di Media Sosial

Berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Azrah Maisara di laman Facebook, beliau kelihatan mencari waris untuk pemilik kereta Proton Gen 2 bersama nombor plat JHY5517.

Hasil siasatan polis, mereka tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah. Namun, ia didapati mangsa telah lemas kesan dari kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih. “Identiti kesemua mangsa belum dikenalpasti. Kedua-dua mayat yang ditemui telah dibawa ke Hospital Kemaman”, jelas pihak polis.

Netizen Turut Bersedih Dengan Berita Duka Itu

Meninjau di ruangan komen melalui hantaran yang dibuat oleh Azrah Maisarah, rata-rata mereka meninggalkan komen dengan mendoakan semua urusan dipermudahkan dan moga mangsa dapat dijumpai.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]