Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, dilaporkan telah kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung pada Jumaat semalam.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C6yjMgQyUeU/?igsh=ZjZ0dzZ1dHpjY3Rp

Akhirnya Berstatus Isteri Kembali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @raja_azura di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Kak Engku dilihat mengenakan busana kurung sambil menuju ke arah pelamin.

Bagaimanapun, identiti suaminya masih tidak didedahkan Kak Engku.

“ Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih,” tulisnya.

Hantaran yang dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata pada malam tadi mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan perkahwinan keduanya bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman, Ajak Shiro dan ramai lagi.

Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

Kredit: Instagram raja_azura

[fbcomments]