Terdahulu, kesemua pelajar tahfiz di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu seramai 330 orang terpaksa dikuarantin oleh pihak hospital berikutan disyaki terdapat kontak dengan kluster jemaah tabligh.

Bagaimana pun, dalam maklumat terbaru didapati seramai 274 pelajar tahfiz tersebut telah disahkan bebas daripada virus Covid-19 setelah tamat tempoh kuarantin yang ditetapkan.

Bakal huffaz bebas Covid-19

Wakil Kerajaan Negeri Terengganu berkata, kesemua pelajar tersebut akan dihantar pulang ke negeri asal masing-masing dengan menaiki enam buah bas dan tiga buah van.

Walau bagaimanapun, 56 lagi pelajar termasuk tenaga pengajar yang masih ditempatkan di madrasah itu sedang menunggu surat pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sebelum mereka dibenar pulang.

[fbcomments]