fbpx

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mencuri perhatian ramai apabila menghadapi situasi tidak terduga ketika sedang membeli pakaian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini apabila semua kad bank yang digunakan beliau ditolak, meskipun telah mencuba beberapa kali.

@its_me_milaaaa

31k tengok kad KA decline πŸ˜‚πŸ˜­ #khairulaming

♬ original sound – 𝑀𝒾𝐿𝒢 – 𝑀𝒾𝐿𝒢

Semua Kad Khairul Aming Ditolak Kerana Terlebih Limit

Dalam sesi siaran langsung yang dilakukan pada petang tersebut, Khairul Aming berkongsi detik mencabar itu. Difahamkan, beliau sedang berusaha membuat pembayaran berjumlah RM19,330 bagi membeli pakaian untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Namun, transaksi tidak berjaya dilakukan kerana sistem pembayaran menolak kad-kad bank yang digunakan.

β€œDeclined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi. Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat.

β€œIni mesti declined juga, β€œujarnya sambil ketawa kecil. Beliau turut menjelaskan bahawa kekangan masa menyebabkan beliau tidak sempat menguruskan kad-kad tersebut untuk memastikan semuanya berfungsi seperti biasa.

Tidak berputus asa, Khairul Aming mencuba beberapa kad lain, namun semuanya menghadapi masalah yang sama.

β€œTiga kad dah kena reject. Mungkin sebab minggu ni semua pembelian dibuat guna kad yang sama,” katanya sambil berseloroh, mencuba untuk meredakan situasi.

Insiden ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata menganggap kejadian tersebut menghiburkan. Namun, mereka turut memuji usaha dan dedikasi Khairul Aming dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

Bagi mereka, situasi sebegini menunjukkan sisi kemanusiaan beliau yang berusaha sedaya upaya demi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sekadar info, Khairul Aming telah menamatkan misi bantuan banjirnya di Pantai Timur pada 4 Disember 2024. Sepanjang tempoh tersebut, beliau dan pasukannya bertungkus lumus menyediakan keperluan asas dan bantuan lain kepada mangsa-mangsa banjir, terutama di negeri Kelantan.

Kredit: TikTok its_me_milaaaa

 

[fbcomments]