fbpx

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, di sini, hari ini, dengan jumlah mangsa maut seramai tiga orang setakat ini.

Menurut PROLINTAS dalam satu kenyataan, hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pengguna jalan raya pula cedera.

Insiden difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

Dalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan ‘gantry launcher’, jalan perlu ditutup.

Jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut.

[fbcomments]