Khamis, semalam terjadinya satu tragedi di mana tiga sekawan maut apabila motor yang dinaiki terbabas dan digilis oleh empat buah kereta yang tidak dapat dielakkan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall, Tampoi.
Tiga Kawan Digilis Serentak
Berdasarkan sumber yang dipetik dari Utusan, tiga lelaki terbabit didapati tidak memakai topi keledar dan kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 6.55 pagi semalam.
Menurut laporan mereka, dua daripada tiga sekawan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhirnya ketika beliau sampai di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Empat Kenderaan Tak Dapat Elak
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketiga-tiga mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Skudai. Namun ketika di lokasi kejadian, motosikal yang mereka tunggangi sekali terbabas dan digilis empat buah kenderaan kerana gagal mengelak.
“Identiti kesemua mangsa yang dilanggar berusia dalam lingkungan 30-an belum dapat mengesahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa”, jelasnya.
Pihak berkuasa masih lagi menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa gilis buat masa ini untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka semua dalam keadaan mabuk ataupun tidak sewaktu menaiki motosikal terbabit. Balveer Singh juga memaklumkan yang kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Utusan Malaysia, Facebook Info Jenayah,Kemalangan,Banjir Seluruh Malaysia