fbpx

Jaguh berbasikal trek negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang telah memberikan pengorbanan besar demi negara tercinta, termasuklah berjauhan dengan keluarga untuk menjalani latihan intensif dan menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa.

Setelah menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024, tibalah masanya untuk beliau kembali ke pangkuan keluarga setelah hampir empat bulan berpisah.

@azizulhasniawang

POV: When your dad is coming back from Paris Olympics and you haven’t seen him for almost 4 months. . #azizulawangfamily #familytime #family #WeAreOneWithAzizul #demimalaysia #TeamAzizul #azizulawang #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Beberapa Bulan Berpisah

Azizulhasni memuat naik video menyentuh hati di TikTok, menunjukkan momen berharga apabila beliau mengejutkan keempat-empat anak perempuannya dengan kehadirannya.

Kegembiraan dan kesedihan jelas terpancar di wajah anak-anaknya, terutamanya apabila anak bongsu yang masih bayi kelihatan teragak-agak mengenali bapanya, selepas tidak bertemu sejak usia tiga bulan.

“Yang paling sedih apabila anak yang masih bayi tak kenal Abi langsung. Berjauhan sejak dia berusia 3 bulan. Umi baru habis pantang tatkala itu. #DemiMalaysiaku,” tulisnya.

Video tersebut telah mencuri perhatian netizen, yang turut merasa sebak melihat reaksi penuh emosi keluarga beliau.

Ramai yang menyatakan bahawa keputusan untuk bersara mungkin adalah langkah terbaik untuk membolehkan atlet hebat ini kembali bersama keluarganya dan menikmati kehidupan bersama mereka selepas bertahun-tahun penuh pengorbanan.

Kredit: TikTok azizulhasniawang

[fbcomments]