Kira-kira 40 peserta acara renang laut terbuka dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terkena sengatan obor-obor ketika menyertai program Teluk Senangin Open Water Swim 2025 yang berlangsung baru-baru ini di Teluk Senangin, Perak.

40 Peserta Cedera Akibat Disengat Obor-obor Ketika Acara Renang Laut Terbuka

Insiden dipercayai berlaku seawal 15 minit selepas perlumbaan dimulakan, apabila sekumpulan peserta mula menunjukkan reaksi sengatan dan kesakitan sewaktu berada di dalam air.

Menurut laporan, dua orang kanak-kanak telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala peserta lain yang turut disengat menerima rawatan awal di lokasi kejadian oleh petugas perubatan termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan perubatan swasta yang ditempatkan oleh pihak penganjur.

Bagaimanapun, acara perlumbaan tetap diteruskan dan beberapa peserta yang tidak terjejas berjaya menamatkan cabaran renang laut terbuka itu seperti dijadualkan.

Kredit: Malaysia Gazette

 

[fbcomments]