Seorang usahawan yang dikenali sebagai “Makcik Kemboja” mendedahkan bahawa dirinya telah diceraikan suaminya ketika sedang melakukan siaran langsung di media sosial, dengan kejadian itu disaksikan lebih 200 penonton dalam talian.
@mariyahholdings bukan pengakhiran yang Madam impikan, tapi mungkin inilah permulaan baru yang Allah dah atur. doakan Madam terus kuat demi anak-anak dan masa depan ❤️ #fyp #foryoupagе #madammariyah #madamemariyah #mariyahholdings #makcikkemboja #makcikkembojaviral
Makcik Kemboja Diceraikan Ketika Sesi Live, Lafaz Disaksikan Ratusan Penonton Dalam Talian
Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada 7 Ogos semalam di Mahkamah Syariah Johor Bahru, ketika wanita itu dalam proses memfailkan perceraian. Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana mendakwa telah digantung tanpa nafkah dan dianiaya dalam rumah tangga.
Dalam rakaman siaran langsung yang dimuat naik ke platform TikTok, Makcik Kemboja menceritakan bahawa suaminya, yang mahu dikenali sebagai Mr. S, melafazkan cerai secara terbuka.
![]()
“Dengan lafaz bismillah, Mariyah binti Yaakob aku ceraikan kau,” tulis Mr. S seperti yang didakwa oleh wanita itu. Lafaz tersebut, kata Makcik Kemboja, diulang beberapa kali di hadapan saksi yang berada di lokasi, selain ratusan penonton yang menonton secara langsung.
Video berkenaan meraih lebih 500,000 tontonan dalam tempoh 17 jam selepas dimuat naik, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempersoalkan status talak memandangkan lafaz didakwa dibuat sebanyak lima kali, manakala sebahagian lain memberi kata-kata semangat kepada wanita itu.
Kredit: TikTok mariyahholdings