Baru-baru ini terjadinya sebuah kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta dirempuh oleh sebuah lori muatan pasir di Kilometer lima Jalan Segamat-Kuantan akibat memasuki laluan bertentangan. Disebabkan daripada kecuaian pemandu tidak berhemah, 6 sekeluarga menjadi mangsa nahas sekaligus maut ditempat kejadian.

Gambar Sumber: Harian Metro

Tidak Terlintas Di Fikiran Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, merupakan anak sulung daripada keluarga ini menyatakan rasa kepiluan dan kesedihan kerana beliau kehilangan keluarga tersayang dalam sekelip mata sahaja.

“Kami baru saja bersua muka sebelum mereka bertolak namun takdir Allah, saya kehilangan ahli keluarga sekali gus. Tidak terlintas di fikiran saya akan jadi anak yatim piatu sekelip mata”, luahnya ketika ditemu bual.

Dapat Mesej Terakhir “Kami Balik Dulu” Bersama Sekeping Gambar

“Pada hari kejadian, saya tidak bersama mereka kerana ada urusan lain dan sempat memberitahu arwah ibu akan jumpa di rumah nenek. Sebaik tiba di Tangkak, saya dapat panggilan daripada saudara sebelah ibu mengatakan mereka kemalangan. Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi, dan empat adik turut meninggalkan kami”, ujarnya ketika ditemu bual di Kampung Parit Lapis Darat, semalam.

Beliau turut menceritakan bahawa pada hari kejadian, beliau menerima mesej beserta sekeping gambar dengan ayat “kami balik dulu” pada jam 3.08 petang menerusi aplikasi Whatsapp. Difahamkan lagi, itulah mesej terakhir yang beliau terima sebelum kemalangan menimpa keluarganya.

Satu-satunya Adik Yang Masih Hidup Kini Bertarung Nyawa Di Hospital

Menurut sumber lagi, Abdullah iaitu adik kepada Abdur Rahman kini masih kritikal akibat kemalangan yang menimpa dan beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat kerana mengalami kecederaan dalaman.

“Saya berdoa semoga dia selamat” katanya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]