Lipas merupakan serangga perosak yang sering menjadi penghuni haram sama ada di rumah mahupun kereta. Ramai yang berasa takut dengan binatang ini meskipun tubuhnya yang kecil. Terserempak dengan lipas terutamanya lipas terbang memang boleh merosakkan mood!

Jadi teruskan membaca entri ini untuk tahu 7 cara menghilangkan lipas di dalam rumah.

Guna daun pandan

4 Kegunaan Lain Daun Pandan Yang Anda Tak Pernah Tahu Sila Baca Ni! -  KELUARGA

Tips yang pertama untuk hilangkan lipas ialah dengan menggunakan daun pandan. Anda boleh hiriskan daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam kabinet, stor mahupun kereta. Bau daun pandan sangat tidak disukai lipas dan mereka tidak akan membiak lagi di kawasan tersebut.

Hirisan lemon

yellow lemon fruit on white surface
Photo by Moritz Nie on Unsplash

Selain mempunyai bau yang segar, sebenarnya lemon juga berfungsi untuk menghalau lipas. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di kabinet atau laci. Jangan lupa untuk gantikan hirisan lemon yang baru jika ianya telah kering.

Baking soda dan gula

Mengikut nisbah 1 baking soda dan 1 gula, anda boleh gunakan campuran ini untuk menghalau lipas. Gula bertujuan menarik lipas manakala baking soda pula akan membunuh lipas tersebut.

Air Sabun

Selain dapur, lipas juga sering berkeliaran di tandas dan bilik air. Jadi anda boleh menggunakan semburan air sabun untuk membunuh lipas. Letakkan air sabun dalam sebuah botol, dan sembur apbila ternampak kelibat lipas. Air sabun menyebabkan pernafasan lipas tertutup, sekali gus membunuhnya.

Buah pelaga dan kulit kayu manis

Bau kuat rempah ratus seperti buah pelaga dan kulit kayu manis sangat dibenci oleh lipas. Jadi, gunakan bahan rempah ratus yang semestinya ada di rumah ini untuk menghalau lipas. Anda boleh letakkan di kawasan tersorok dan gelap.

Ubat gegat

Jika kesemua cara semula jadi di atas tidak berjaya, anda boleh gunakan ubat gegat. Jaga-jaga jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan kerana ubat gegat adalah merupakan bahan kimia naftalin. Ianya bahaya jika disentuh atau termakan. Jika anda gunakan ubat gegat, pastikan ianya diletakkan di tempat yang selamat, jauh dari kanak-kanak dan haiwan perliharaan.

Bersihkan kawasan tersorok

Who Else is Eating the Food in Your Kitchen? - Advantage Termite & Pest  Control

Perkara yang paling penting ialah untuk sentiasa bersihkan kawasan tersorok. Ini sangat penting untuk anda membersihkan sarang lipas yang wujud di kawasan tersebut. Anda juga boleh letakkan perangkap lipas secara berkala.

Akhirnya,

Memang terdapat banyak cara hilangkan lipas di rumah mahupun kereta anda. Diharap artikel ini dapat membantu serba sedikit untuk anda mempunyai kawan yang lebih bersih dan selesa. Selamat mencuba. Baca cara renew lesen secara online di sini.

[fbcomments]