Tiba-tiba sahaja nama penyanyi rap terkenal menjadi sebutan selepas seorang wanita dipercayai isterinya didakwa memuat naik beberapa luahan di IG story berkenaan masalah rumah tangga mereka.
Perkara tersebut diperoleh menerusi Instagram thekaripop apabila mendedahkan bebebrapa posting IG story wanita tersebut yang merujuk kepada kelakuan suaminya yang dipercayai mempunyai hubungan lain.


Dah 4 kali lafaz cerai
Wanita tersebut turut menyebut bahawa suaminya telah melafazkan cerai kerana ada wanita lain.


Selain itu, wanita berkenaan juga ada menyebut bahawa dia telah merayu kepada suaminya agar mengambil tahu tentang keluarga kerana ketika itu dia berada dalam pantang selepas melahirkan anak.



Walau bagaimanapun, pendedahan tersebut masih belum mendapat penjelasan daripada kedua-dua belah pihak kerana posting yang dibuat oleh isteri penyanyi tersebut tidak menyebut nama suaminya.