Seperti yang kita semua tahu, MAEPS Serdang telah diaktifkan semula sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Disitulah ribuan pesakit menjalani tempoh kuarantin dengan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun baru-baru ini, lain pula yang terjadi apabila tular video di aplikasi TikTok mengenai dua orang individu yang dipercayai mencuri telefon bimbit pesakit lain.
Banyak telefon bimbit hilang
Seorang pengguna TikTok telah memuatnaik satu video yang memperlihatkan suspek sedang disoal siasat oleh pihak polis yang berpakaian sut perlindungan diri (PPE) kerana dipercayai menjadi penyebab pesakit lain kehilangan telefon bimbit mereka.
Video 1️⃣ (suspek disoalsiasat awal)
Kes kecurian telefon bimbit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang. 2 suspek berjaya ditahan oleh pihak PDRM.
Video : TikTok @ayiekefli
#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, February 10, 2021
Bukan hanya seorang tetapi dua orang pencuri itu berjaya diberkas sekali gus menerima sorakan daripada penghuni MAEPS sebagai tanda berterima kasih dengan tindakan pantas pihak polis.
Sempat lagi tu mencuri


Pelik Awang, dalam sakit-sakit sempat lagi mencuri. Harapnya insaf la lepas ini ye!
Curi telefon bimbit pesakit lain.
2 lelaki sedang jalani kuarantin dan rawatan di MAEPS Serdang ditahan.
Kekecohan berlaku 10.30 malam tadi dikalangan pesakit sebelum polis masuk dan menahan suspek. 4 telefon bimbit hilang ditemui semula.
Posted by Syafiq Azreen Syafiq on Wednesday, February 10, 2021