Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan satu video dikongsikan tentang seekor lembu dijumpai di kawasan rumah dengan keadaan kepalanya tersekat pada pagar batu di sebuah rumah. Video yang dimuat naik oleh @aboybettashop telah meraih perhatian orang ramai melihat gelagat lembu yang tersangkut sambil diselamatkan oleh seorang lelaki.
Terpaksa Pecah Pagar
Berdasarkan video di atas, kelihatan seorang lelaki sedang memecahkan pagar batu rumahnya menggunakan tukul untuk menyelamatkan nyawa lembu tersebut. “Kejadian berlaku di rumah saya. Ini bukan kejadian pertama, sebelum ni pernah juga terjadi tapi kepala boleh lepas. Cuma kalini kepala lembu tak lepas. Lembu tu macam minta tolong, jadi saya terpaksa pecahkan satu tiang pada pagar tu menggunakan tukul”, katanya ketika ditemu ramah oleh media Mstar.
Ada 15 Ekor Lembu Peliharaan
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Izwan, beliau menetap di kampung dan keluarganya juga membela haiwan. Setakat ini, beliau mempunyai 15 ekor lembu peliharaan dan lembu yang ditunjukkan dalam video terbabit adalah salah seekor lembu kepunyaannya.
“Tak sangka pula dapat sambutan macam ni sekali. Biasanya saya suka post video tentang kerja di TikTok. Memang kawan-kawan je yang menonton. Tiba-tiba viral video lembu. Saya ni duduk di kampung, boleh la bela haiwan sikit-sikit. Setakat ini ada 15 ekor lembu peliharaan”, jelas Izwan.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat terhibur dengan gelagat lembu yang secara rawak kepalanya boleh tersangkut pada pagar batu rumah tersebut.


Kredit: TikTok aboybettashop, Mstar