Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan hati Evanoza, isteri kepada sukarelawan terkenal Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva yang mendakwa suaminya berhubung dengan seorang wanita lain.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZS68R2a8W/

Abang Viva Didakwa Mengata Isteri Kepada Perempuan Lain

Menerusi hantaran di TikTok, Evanoza meluahkan rasa kecewa apabila mendapati suaminya dikatakan bertukar-tukar mesej dengan wanita yang dipercayai merupakan isteri orang.

Evanoza turut mendakwa perbualan tersebut menyentuh hal rumah tangga mereka, malah suaminya dikatakan berbicara buruk tentang dirinya di belakang.

“Kalau dah tak tahan, pintu sentiasa terbuka. Pergi atau tinggal, aku tak halang,” tulisnya.

Luahan tersebut turut disertakan dengan tangkapan layar perbualan yang memperlihatkan dakwaan bahawa suaminya tidak lagi pasti sejauh mana dia mampu bertahan dalam perkahwinan mereka.

Perkongsian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dihadapi Evanoza.

Dalam masa yang sama, ramai mengecam tindakan berbicara buruk tentang pasangan kepada pihak ketiga, terutama apabila ia melibatkan orang luar.

Mereka berpendapat perkara sebegini hanya akan memburukkan lagi hubungan serta menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Kredit: TikTok evanozadsini2

[fbcomments]