Penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Datuk Qobin tampil menghulurkan bantuan istimewa kepada Putri Qisya, 12, yang kehilangan kedua ibu bapanya dan empat adik-beradik dalam tragedi lemas di terusan Sungai Korok, Kedah pada minggu lalu.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DMHOyh_hXy2/?igsh=MW9remZyMHdmMzFs
Datuk Qobin Taja Pendidikan & Umrah Buat Putri Qisya
Menerusi satu hantaran yang dikongsi stesen radio Hot FM di Instagram, beliau dilaporkan menaja pendidikan Qisya sebanyak RM500 sebulan sehingga gadis itu mencecah usia 17 tahun sebagai usaha memberi semangat baharu dalam hidupnya.
“Mulai Ogos ini, Qisya akan terima bantuan pendidikan RM500 setiap bulan. Selain itu, saya akan menaja umrah untuk Qisya bersama isteri saya dan seorang staf Hot FM,” katanya.
![]()
Tidak sekadar itu, Datuk Qobin turut menawarkan kemudahan penginapan di resort miliknya di Gopeng yang boleh dikunjungi Qisya pada bila-bila masa sekiranya dia ingin berehat atau menenangkan fikiran.
Langkah itu dianggap sebagai simbol sokongan moral dan kasih sayang terhadap Qisya yang kini bergelar yatim piatu selepas terlibat dalam kemalangan menyayat hati yang meragut enam ahli keluarganya.
Kredit: Instagram hotfm976