Sebuah insiden melibatkan dua kanak-kanak yang ditemui di tepi jalan di Garden Avenue, Seremban 2 telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat apabila ramai menyangka mereka telah ditinggalkan oleh ibu bapa dalam kejadian baru-baru ini.

Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1EFUwqDw2F/?mibextid=wwXIfr

Dua Beradik Ditemui Bersama Botol Susu di Seremban 2, Polis Sahkan Mereka Bukan Ditinggalkan

Video berdurasi pendek itu memaparkan dua beradik berada di bahu jalan, dipercayai tanpa pengawasan orang dewasa dengan seorang daripada mereka dilihat memeluk erat si kakak sambil terdapat sebotol susu di sisi.

Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa mendapati situasi berkenaan bukan seperti yang disangka. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan bahawa kanak-kanak terbabit bukan ditinggalkan, sebaliknya dipercayai keluar sendiri dari rumah tanpa pengetahuan bapa mereka yang sedang tidur ketika kejadian.

Menurut maklumat lanjut yang dikongsi oleh pengguna media sosial dan turut disahkan pihak polis, si kakak dikatakan bertindak membawa adiknya keluar berjalan sehingga mereka ditemui oleh orang awam di lokasi tersebut. Beberapa jam selepas itu, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan hadir ke Balai Polis Seremban 2 dan mengambil semula anak-anak mereka.

Sebuah gambar turut dimuat naik menunjukkan seorang lelaki dipercayai bapa kepada dua beradik itu memangku salah seorang anaknya di balai polis sebagai bukti mereka telah diserahkan kembali kepada keluarga.

Kredit: Berita Harian, Facebook Nuriah Ibrahim

[fbcomments]