Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dipercayai dilarikan sekumpulan individu dalam satu insiden yang berlaku di kawasan Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/bharianmy/status/1947848956723302713?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Lelaki Didakwa Dilarikan Sekumpulan Individu di Puchong, Polis Buka Kertas Siasatan
Insiden itu dilaporkan berlaku pada petang Isnin dan menjadi tular di media sosial selepas sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki menarik seorang individu dan memasukkannya ke dalam sebuah lori di tengah jalan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan daripada orang awam.
![]()
“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan, dipercayai berusia belasan tahun atau awal 20-an. Mangsa dikatakan dibawa lari oleh tiga individu tempatan. Identiti suspek sedang dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau turut memohon orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-3309 4457 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di 03-7852 7222 / 03-7862 7100.
Kredit: Berita Harian