Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan kisah menyentuh hati seorang peniaga air yang sanggup berkorban menjaga isterinya yang uzur walaupun dirinya sendiri menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.

@hafizuddin052

Pakcik ni sakit buah pinggang tahap 5, isteri pula strok. Tapi mereka tetap kuat cari rezeki, jual air di pasar. Kalau tak mampu bantu banyak, cukup kongsi video ni. Moga ada yang sudi hulurkan bantuan. Pasar Malam pantai dalam,KL,Hari Sabtu.Jom kita support pakcik ni.#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #viral #viralvideo #bantuan #melayu

♬ original sound – Ustad Jungler – Ustad Jungler

Suami Hidap Buah Pinggang Tahap 5 Tetap Gagah Jaga Isteri Strok Sambil Berniaga Air

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ustadjungler itu mendapat perhatian ramai apabila lelaki berkenaan dilihat menjaga isterinya yang terlantar akibat strok sambil tetap berniaga air di kawasan Pantai Dalam demi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut lelaki itu, isterinya kini tidak mampu menguruskan diri sendiri setelah mengalami strok sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu. Wanita tersebut turut menghidap kencing manis dan kehilangan kaki sehingga tidak lagi boleh bercakap atau makan secara normal.

“Dia sakit sejak PKP. Sekarang makan pun pakai tiub, dah tak boleh bercakap. Saya reda dengan kehendak Allah Taala,” katanya tenang.

Lebih menyayat hati, lelaki itu turut memaklumkan bahawa rumah mereka terletak di tingkat empat di sebuah flat di Meru, Klang yang tidak dilengkapi lif, menyebabkan dia perlu mendukung isterinya setiap kali mahu keluar atau pulang ke rumah.

“Saya tinggal rumah flat tingkat empat, tak ada lif. Saya dukung dia naik turun tangga. Saya pun sakit, ada kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang tahap lima,” ujarnya.

Walaupun kesihatannya sendiri terjejas, dia tetap berusaha mencari rezeki dengan berniaga air, meskipun hasil jualan tidak menentu.

“Kadang-kadang air habis dijual, kadang-kadang tak laku langsung. Tapi saya usaha juga, selagi mampu,” tambahnya.

Kisah penuh pengorbanan itu meruntun hati netizen yang rata-rata meluahkan rasa kagum dan simpati. Ramai dalam kalangan mereka turut bertanya maklumat akaun bank lelaki berkenaan untuk menghulurkan bantuan kewangan atau menyokong perniagaannya.

Susulan itu, @ustadjungler turut berkongsi nombor akaun peniaga tersebut bagi memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan.

Kredit: TikTok ustadjungler

 

[fbcomments]