Pengalaman detik cemas menimpa seorang lelaki dikenali sebagai Aimi Nasruddin sewaktu melancong ke Australia menjadi perhatian ramai selepas beliau berkongsi momen tersebut di media sosial.

@lobakmerahmy

Penyakit ini boleh terkena pada sesiapa dan juga pada bila-bila masa, seperti yang dikongsikan lelaki ini di Instagram miliknya. Aimi Nasruddin berkongsi pengalamannya yang terkena serangan jantung ketika berada di Bondi Beach, Australia. Pada 9 Julai lalu, dia tiba-tiba rebah di kawasan pelancongan itu, sebelum dia diberikan bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) dan dibawa ke St Vincent’s Hospital untuk rawatan lanjut. Namun, selepas 5 hari berada dalam keadaan koma, Aimi berkongsi di IG Story miliknya satu plot twist yang sangat mengagumkan apabila dia mendapat voicenote daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan terus tersedar. Kredit: IG aimimiloma P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! fyp fypシ lobakmerahmy beritaditiktok viralstory trending trendingnewsmalaysia ceritaviral terkini viralupdates storyviral

♬ original sound – LOBAK MERAH – LOBAK MERAH

‘Voice Note’ Siti Nurhaliza Jadi Detik Kebangkitan Aimi Nasruddin Selepas 5 Hari Koma

Menurut Aimi, insiden berlaku pada 9 Julai lalu ketika beliau berada di Bondi Beach, salah satu lokasi pelancongan terkenal di Sydney. Tanpa sebarang tanda awal, beliau tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan orang awam yang segera memberikan bantuan pernafasan (CPR).

Beliau kemudiannya dikejarkan ke St Vincent’s Hospital dan disahkan berada dalam keadaan koma selama lima hari. Namun yang mengejutkan, Aimi memaklumkan bahawa saat dirinya ‘kembali sedar’ adalah selepas menerima mesej suara istimewa daripada penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Lebih kurang 20 hari lalu, ayah saya cuba ikhtiar untuk mendapatkan voice note daripada @ctdk dengan bantuan kenalan terdekat, dalam harapan ia mampu bantu saya beri tindak balas,” tulis Aimi.

Menurutnya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menghantar mesej suara dalam masa kurang sejam selepas dihubungi, satu usaha yang dianggap sangat besar ertinya buat keluarganya, terutama si ayah yang terharu dengan keprihatinan penyanyi itu.

Tambah Aimi lagi, pergerakan tangannya mula menunjukkan reaksi positif selepas mendengar mesej tersebut, dan keadaan itu memberikan sinar harapan kepada keluarganya ketika itu.

Meskipun telah sedar dan kembali bekerja seperti biasa, beliau memberitahu masih perlu berhati-hati dalam menjalani rutin harian. Menurut doktor, punca sebenar serangan jantung yang dialaminya masih belum dapat dikenal pasti.

Kredit: Lobak Merah

 

[fbcomments]