Kejadian mencemaskan di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, Butterworth baru-baru ini bertukar menjadi kecoh apabila seorang lelaki warga Vietnam yang disyaki mencuri, cuba menarik seorang bayi berusia 11 bulan dipercayai untuk dijadikan tebusan.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/1Obefiend/status/1954386323932127611
Lelaki Warga Asing Cuba Ragut Bayi, Ditahan Orang Awam di Butterworth
Bapa bayi tersebut, Mohammad Solihin Abd Jalil, 32, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), nekad mempertahankan anaknya walaupun berdepan ancaman pisau.
Solihin berkata, insiden berlaku pada kira-kira jam 12.45 tengah hari, Sabtu lalu, ketika beliau berada di pasar raya bersama isteri dan tiga anak mereka untuk membeli barangan dapur.
“Ketika itu saya bersama anak sulung dan bayi di bahagian pakaian, manakala isteri dengan anak kedua berada di bahagian barang basah. Secara tiba-tiba, lelaki itu berlari ke arah kami sambil memegang pisau dan cuba merampas bayi yang berada dalam dukungan kakaknya.
![]()
“Saya tidak sempat berfikir panjang, hanya sempat melindungi kepala anak yang hampir ditikam. Akibatnya, kepala saya luka sedikit,” katanya.
Menurutnya, tindakan suspek menarik bayinya mengundang kemarahan orang ramai yang berada di lokasi, apatah lagi ia membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. Mujur anak sulungnya memegang bayi itu dengan erat sehingga cubaan suspek gagal.
Suspek kemudian berjaya ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri selepas dikesan mencuri makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat bayaran.
![]()
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian.
“Perintah reman selama empat hari telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380, Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Kredit: Harian Metro, X 10befiend