Ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, Ariz Arop, tampil membuat pendedahan bahawa dia pernah dikenakan perintah injunksi yang mengehadkan pertemuannya dengan anak kandung sendiri pada penghujung tahun lalu.

Ibu Dakwa Pernah Terima Injunksi Daripada Anna Jobling, Luah Rasa Terkilan

Menurut Ariz, perintah tersebut menghalangnya daripada mendekati Anna dalam jarak kurang daripada 100 meter. Bagaimanapun, hasil perbincangan antara peguam kedua-dua pihak, injunksi itu kemudiannya dibatalkan, namun beberapa syarat lain masih perlu dipatuhi.

“Saya akui pernah terima perintah mahkamah itu tahun lalu, tapi ia sudah dibatalkan selepas perbincangan. Cuma ada beberapa arahan yang saya tak boleh langgar,” katanya.

Ariz berkata, dia pada awalnya enggan mengulas mengenai hubungan peribadi dengan Anna, namun mengakui kemelut yang berlaku baru-baru ini membuatkan dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Malah, dia turut menafikan dakwaan bahawa injunksi tersebut berpunca daripada kelakuan kasar terhadap pelakon berkenaan.

“Kami memang pernah bergaduh, tapi tidak sampai tahap bertarik rambut. Dia hantar injunksi sebab mendakwa tak tahan kena pukul dan mentalnya diseksa. Saya cuma mahu mengajar dia sebagai seorang ibu,” ujarnya.

Selain itu, Ariz mendedahkan dia kini tidak dibenarkan mencampuri urusan kerja anaknya, termasuk memberi pandangan terhadap tawaran lakonan yang diterima.

“Saya cuma risau dia terlalu penat bekerja tanpa rehat. Tapi pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak saya luar dan dalam,” katanya lagi.

Kredit: mStar

 

[fbcomments]