Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, iaitu suami kepada pengasas produk kosmetik Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad, memulangkan wang tunai milik isterinya yang dianggarkan berjumlah RM1.3 juta ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka.
![]()
Suami Pengasas Dnars Diperintah Kembalikan Wang Tunai Milik Allahyarham Isteri Dalam Tempoh 30 Hari
Difahamkan, akaun tersebut didaftarkan atas nama Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25.
Hakim Zaini Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh ahli-ahli waris Allahyarham. Mahkamah menetapkan tempoh 30 hari bermula hari ini untuk Ahmad Shah Rizal mematuhi perintah tersebut.
Menurut keputusan itu, wang yang didakwa diambil dari peti besi dan kini berada dalam milikan peribadi Ahmad Shah Rizal perlu dimasukkan ke dalam akaun pentadbir bersama sebelum mahkamah membuat keputusan berhubung tuntutan harta sepencarian.
![]()
Sekiranya perintah ini tidak dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan, Ahmad Shah Rizal boleh dikenakan prosiding komital.
Terdahulu, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah, dengan salah satu aset yang dituntut adalah wang tunai berjumlah RM1.3 juta yang disimpan dalam peti besi sebelum diambil olehnya.
Kredit: Harian Metro