Baru-baru ini tular sebuah kisah menyayat hati mengenai seorang lelaki mualaf berusia 26 tahun yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Cyberjaya.
Mangsa, Jeremy Mah Ci Wei Abdullah, difahamkan baru sahaja memeluk agama Islam pada 10 Julai lalu sebelum dijemput Ilahi sembilan hari kemudian.
![]()
Hasrat Berkahwin Tidak Kesampaian, Mualaf Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Cyberjaya
Perkara itu dikongsikan oleh tunangnya, Qistina Liew, yang mendedahkan bagaimana beliau menemui lokasi terakhir arwah selepas membuat carian melalui fungsi Find My di telefon pintar.
Menurut Qistina, dia berasa cemas selepas arwah tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan dan tidak membalas sebarang mesej. Usaha menjejaki akhirnya membawa kepada penemuan mengejut apabila Jeremy ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan tempat kerjanya.
“Saya tunggu dia datang rumah selepas syif kerjanya berakhir 9 pagi. Tapi dia tak respon. Saya periksa WhatsApp Web, nampak bos dia tanya sekiranya dia datang kerja atau tak pada pukul 5 pagi.
“Saya panik dan terus jejaki menggunakan fungsi Find My melalui iPhone. Saya jumpa dia tak sedarkan diri dalam kereta dekat tempat kerjanya,” tulis Qistina.
![]()
Katanya lagi, keadaan ketika itu amat memilukan apabila mendapati arwah terbaring di kerusi penumpang dengan enjin kenderaan masih hidup dan pendingin hawa terpasang. Tubuhnya juga sudah kaku dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui.
“Namun, cara saya jumpa dia agak aneh. Dia terbaring di kerusi penumpang. Tingkap sedikit terbuka. Enjin hidup dan aircond dipasang. Saya cuba kejut lagi (masa jumpa arwah). Pengsan ke? Kemudian saya pegang tangan dia. Saya perasan kuku dia dah berwarna biru dan coklat.
“Masa tu saya dah blur, saya cuba angkat, sejuk dan keras. Saya cuba angkat tapi tak boleh. Muka dia pucat,” ujarnya lagi.
Pihak polis serta pasukan forensik kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kematian.
![]()
Jeremy yang baru melafazkan syahadah awal bulan lalu dikatakan sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama Qistina, namun hasrat itu tidak sempat direalisasikan.
Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.
Kredit: Instagram tee.liew, mStar