Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit kemalangan ketika berada di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Pahang pada malam tadi.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/imranputrajaya/status/1958532298196050061?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Tular Detik Pesawat Pejuang TUDM Terbakar, Juruterbang Dilaporkan Selamat
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, insiden itu berlaku sekitar jam 9.05 malam di Pangkalan Udara Kuantan.
Bagaimanapun, kedua-dua juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kedua-duanya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan segera sebelum dibenarkan keluar awal pagi tadi.
![]()
Sumber memaklumkan, juruterbang berpangkat Mejar mengalami kecederaan di bahagian tulang sulbi serta melecur di tumit, manakala pegawai berpangkat Kapten cedera tisu lembut di belakang badan serta paha.
![]()
![]()
Insiden berkenaan turut mencuri perhatian orang ramai selepas beberapa rakaman tular di media sosial memaparkan detik percikan api berlaku, disusuli letupan ketika pesawat berlepas. Video itu juga menunjukkan aksi kedua-dua anak kapal menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri.
Kredit: Berita Harian