Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga anak kepada bekas pemimpin negara selepas dipercayai terbabit dalam kes berkaitan dadah di Lebuhraya Sprint semalam.
![]()
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temui Dadah Dalam Kereta
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan tangkapan itu dilakukan selepas anggota polis mengesan kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran Plaza Tol Damansara.
Menurut sumber, lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju di Kilometer 0.6 lebuh raya berkenaan sebelum dihentikan untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek menemui sejumlah kecil dadah jenis heroin selain beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan,” katanya.
![]()
Suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan.
Siasatan lanjut turut mendapati individu berkenaan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Kredit: Bernama