Tindakan seorang lelaki dipercayai cuba melakukan khianat dengan membakar kenderaan di Taman Bukit Katil Permai, Sabtu lalu, membawa padah apabila motosikal yang digunakan turut hangus di lokasi kejadian.
@syazanaaaazman_ Mohon bantuan. Sesiapa yang ada lalu pada hari kejadian di Taman bukit katil permai, melaka untuk bantu kawan saya. Kejadian semalam dalam lingkungan waktu 1.20-1.40 pm 23.8.2025. Kawan saya sekeluarga berada di rumah pada waktu kejadian. Pelaku tak dapat dikenal pasti. 2 kereta yang terbakar semalam pada waktu kejadian. Ayah nya bekerja sebagai pemandu grab dan kereta tersebut sebagai punca rezeki mereka. Mohon doakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. Bagi yang lalu ditempat kejadian ada ternampak motor atau pelaku tersebut untuk tampil dalam membantu mereka. #melaka #kebakaran #fyp #fypage
Dua Kereta Musnah Dibakar, Motosikal Disyaki Milik Suspek Hangus Di Lokasi
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelibat seorang suspek menyalakan api sebelum melarikan diri. Video tersebut kemudian tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah, seorang anggota polis, pada jam 2.29 petang hari sama.
“Siasatan mendapati dua kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Axia musnah terbakar. Sebuah motosikal SYM yang dipercayai milik suspek turut ditemui rentung di tengah jalan berhampiran lokasi kejadian.
![]()
![]()
“Tiada saksi bebas di tempat kejadian, namun beberapa rakaman CCTV sedang diperiksa bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian, manakala motif sebenar tindakan suspek juga sedang dikenal pasti.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kredit: Harian Metro, TikTok syazanaazman_