Sebuah festival makanan di Dataran Arena Merdeka mencetuskan kontroversi apabila poster promosinya memaparkan gambar Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang sebelum ini dikaitkan dengan kes buli hingga meruntun perhatian ramai.

Penganjur Festival Makanan Dikecam, Guna Foto Allahyarhamah Zara Qairina Dalam Poster Promosi

Poster berkenaan yang turut memaparkan tanda pagar seperti #JusticeforZaraQairina, #SuaraKamiTakAkanSenyap dan #BangkitDemiKebenaran menjadi tular di media sosial selepas ramai pengguna internet menzahirkan rasa kurang senang.

Rata-rata netizen berpendapat tindakan tersebut seakan-akan menunggang isu bagi menarik pengunjung ke festival berkenaan, selain mempersoalkan sama ada pihak penganjur memperoleh keizinan keluarga arwah untuk menggunakan foto tersebut.

Sebahagian pengguna media sosial pula menyeru agar masyarakat dapat membezakan bentuk solidariti dengan strategi promosi, malah menasihati agar kempen berkaitan keadilan dijalankan pada platform atau acara yang lebih sesuai.

Sehingga kini, penganjur festival berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Namun, warganet berharap pihak terbabit tampil memberi penjelasan dan tidak mengambil kesempatan terhadap kesedihan keluarga yang sedang berduka.

Kredit: X bumilangit

 

[fbcomments]