Seorang peniaga kecil tidak dapat menahan sebak apabila menerima khabar gembira bakal berangkat ke Tanah Suci selepas dipilih menunaikan umrah secara percuma oleh sebuah agensi.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSAPmFNPD/

Peniaga Kecil Terharu Dipilih Tunai Umrah Secara Percuma

Wanita dikenali sebagai Putrie Azzrena itu baru sahaja memulakan perniagaan menjual bihun goreng dan buah-buahan di hadapan sebuah sekolah sejak dua hari lalu. Ketika sedang berniaga, dia dihampiri wakil agensi berkenaan yang kemudian menyampaikan berita mengejutkan tersebut.

Putrie pada awalnya sekadar ditanya mengenai impian untuk menjejakkan kaki ke Makkah, sebelum dimaklumkan dirinya terpilih sebagai penerima tajaan umrah. Tidak mampu menahan rasa terharu, beliau menitiskan air mata sambil menyifatkan peluang itu sebagai rezeki luar biasa yang tidak pernah disangka.

“Allahuakbar, rahmat apa yang Allah bagi ni… Saya tak sangka sebab saya memang jahil bab agama, baru nak berjinak-jinak. Tapi Allah beri saya peluang yang besar macam ni,” katanya dalam nada sebak.

Dalam keadaan penuh emosi, Putrie turut menelefon ibunya bagi memohon restu untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Perkongsian mengenai kisah tersebut mencuri perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen mendoakan urusan Putrie dipermudahkan serta rezekinya sentiasa diberkati.

Kredit: TikTok ikhlas.com

[fbcomments]