Baru-baru ini tular sebuah kejadian menimpa seorang pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan, apabila mendakwa dirinya diintip oleh pekerja sebuah homestay ketika berada di bilik mandi.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSAmE2166/
Percutian Datin Lyanaz Bertukar Trauma, Dakwa Diintip Pekerja Homestay
Menurut pendedahan yang dimuat naik di media sosial, Lyanaz mendakwa suspek merakam dirinya selama kira-kira lima minit sebelum perbuatan itu disedari. Lebih mengejutkan, telefon bimbit suspek yang dirampas didapati mengandungi banyak rakaman berunsur lucah.
“Handphone dah dirampas, memang penuh dengan video-video tidak senonoh. Saya terus serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
![]()
Laporan polis segera dibuat dan pihak berkuasa pada mulanya gagal mengesan suspek di rumah. Namun, akhirnya ibu bapa remaja berkenaan menyerahkan sendiri anak mereka kepada polis sambil merayu agar kes itu tidak diperbesarkan.
Tidak berpuas hati dengan insiden itu, Lyanaz menegaskan perbuatan seperti itu perlu diambil tindakan tegas kerana ia boleh menjejaskan maruah serta mengundang bahaya kepada pengunjung lain.
![]()
“Bayangkan berapa ramai lagi tetamu yang mungkin menjadi mangsa. Perkara ini bukan boleh dibuat main, ia soal maruah dan keselamatan,” tegasnya.
Pemilik homestay terbabit turut tampil memberikan kerjasama penuh dalam siasatan serta menolak dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan insiden itu sebagai gimik pemasaran.
Lyanaz dalam masa sama menafikan dirinya sengaja mencetuskan isu berkenaan untuk meraih perhatian.
![]()
“Saya tidak pernah gunakan cara murahan atau kotor untuk marketing. Jauh sekali menjadikan insiden sebegini sebagai konten. Saya sendiri trauma dengan apa yang berlaku,” jelasnya.
Insiden mengejutkan itu kini dalam siasatan pihak polis, manakala Lyanaz berharap tindakan tegas dapat diambil bagi mengelakkan kejadian sama menimpa orang lain.
Kredit: TikTok lyanazhassan77