Penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar meluahkan rasa kagum apabila isterinya, Shadila Halid, berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer meskipun sedang hamil empat bulan.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/p/DOSvyXLEuVU/?igsh=MTE5YmlvOGIwZ2MwZg==
Alif Satar Kagum Semangat Isteri Tamatkan Larian 10KM Walaupun Hamil Empat Bulan
Menurut Alif, pencapaian itu di luar jangkaannya kerana keadaan fizikal wanita mengandung lazimnya mengehadkan aktiviti lasak. Namun, Shadila membuktikan keazaman mampu mengatasi keraguan.
“Dia menamatkan larian pertamanya sejauh 10km walaupun sedang berbadan dua. Semangat dan ketabahannya benar-benar menjadi inspirasi buat saya,” kata Alif menerusi perkongsian di Instagram.
Alif turut mendedahkan bahawa isterinya sebelum ini kurang berminat dengan aktiviti larian, malah sering menolak ajakan untuk berlatih bersama. Bagaimanapun, Shadila secara mengejut mengambil keputusan untuk mendaftar ke acara berkenaan.
![]()
“Daripada dulu saya cuba ajak dia berlari, tetapi dia tak berminat. Tiba-tiba kali ini dia sendiri yang daftar, itu buat saya lebih terkejut dan bangga,” ujarnya.
Difahamkan, Shadila sempat berehat hampir sebulan akibat mengalami alahan kehamilan pada peringkat awal. Malah, Alif turut mengakui berasa bimbang pada malam sebelum acara sama ada isterinya mampu menghabiskan larian tersebut.
Namun berkat semangat dan keyakinan, Shadila berjaya melengkapkan larian itu dengan baik tanpa sebarang masalah.
![]()
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 10, Ariana Mecca, 8, dan Muhammad Ali, 6.
Kredit: Instagram alifsatar