Penyanyi Eda Ezrin, 30, akhirnya membuka cerita mengenai kehidupannya ketika ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand selama sembilan bulan.
Dalam perkongsiannya di TikTok, pemilik nama penuh Wan Norshaheeda Azlin itu mengimbas rutin seharian yang pernah dilaluinya, termasuk berkongsi bagaimana banduan di sana menyesuaikan diri dengan kekangan serba terbatas.
@akidmeow Eda Ezrin menceritakan pengalaman di penjara Naratthiwat,Thailand selama 9 bulan. #edaezrin #penjarathailand #fyp
Eda Ezrin Cerita Pengalaman 9 Bulan Hidup di Penjara Thailand
Menurutnya, kemudahan asas seperti kipas dan televisyen memang tersedia, namun bekalan air sering terhad sehingga memaksanya mandi dengan air hujan. Malah, katanya lagi, banduan beragama Islam juga diasingkan ketika berpuasa dan perlu mencatat sendiri menu makanan sebelum mengambil hidangan.
“Kipas ada, TV ada, mandi sepatutnya lapan gayung je tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air. Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah. Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita nak ambil kemudian,” ceritanya.
Eda turut mendedahkan bahawa tahanan dibenarkan membeli barangan tertentu sekiranya mempunyai wang dalam akaun penjara, termasuk makanan ringan, minyak wangi dan alat solek.
@akidmeow Replying to @Rahim eda ezrin menceritakan pengalaman di dlm penjara thailand dimana 50 org di dalam 1 bilik penjara #edaezrin #penjara #penjarathailand #fyp
Tambahnya, dia ditempatkan bersama kira-kira 50 orang banduan lain dalam satu bilik, sementara pesalah yang sudah dijatuhi hukuman dipindahkan ke sel berasingan dengan jumlah penghuni lebih kecil.
Eda dibebaskan pada 6 Ogos lalu selepas dia, suaminya dan empat lagi individu yang ditahan pada November tahun lalu dilepaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba. Bagaimanapun, Mahkamah Wilayah Narathiwat sebelum itu mendapati mereka bersalah atas kesalahan mengambil dadah pada Mac lalu.
Kredit: TikTok akidmeow