Sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan barangan dapur basah menjadi perhatian warganet selepas tular rakaman siaran langsung mereka di sebuah platform media sosial yang didakwa berkelakuan tidak senonoh.
![]()
Pasangan Peniaga Basah Jadi Sorotan Selepas Video Kontroversi Tular, Tawar RM50K Jejaki Individu Sebarkan Video
Aksi pasangan itu mengundang kecaman ramai kerana dianggap tidak sensitif dan keterlaluan untuk dipertontonkan kepada umum ketika sesi promosi jualan dijalankan.
Selepas rakaman tersebut tersebar, pasangan berkenaan dilapor menawarkan ganjaran sehingga RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menjejaki individu yang merakam dan menyebarkan video itu. Perkara tersebut dikongsi seorang pengguna Threads yang turut memaparkan tangkap layar siaran langsung pasangan terbabit, sambil mendakwa isu itu kini dalam perhatian polis.
![]()
Dalam penjelasan mereka, pasangan tersebut menegaskan bahawa video yang menjadi tular hanyalah potongan tiga minit terakhir daripada keseluruhan siaran langsung berdurasi dua jam. Mereka mendakwa rakaman itu telah diputar belit oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhkan mereka.
Kredit: Threads nurhajar_nitasya