Bapa kepada pelawak dan bekas peserta Raja Lawak musim ketiga, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, disahkan meninggal dunia awal pagi Selasa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Amir menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan Allahyarham Azmi Deris menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa waktu lalu.

“Assalamualaikum, innalillahiwainnailaihirajiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin,” tulisnya.

Menurut Amir, jenazah bapanya akan disolatkan di Masjid Desa Rahmat pada jam 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.

Amir turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwah serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah. Difahamkan, pada pertengahan Julai lalu, Amir pernah berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin lemah selepas menerima rawatan penyakit berkenaan.

Kredit: Facebook Amir Raja Lawak

 

[fbcomments]