Aksi spontan dua pelancong Malaysia ketika muncul dalam rancangan hiburan terkenal Korea Selatan, Running Man, mencuri perhatian ramai selepas rakaman detik itu tular di media sosial.

@uwah.qs

#runningman #runningman770 #songjihyo #haha #yangsechan

♬ original sound – qs🦋 – qs🦋

Jawapan Tepat Bantu Misi, Pelancong Malaysia Jadi Sorotan Dalam Running Man

Segalanya bermula apabila kedua-dua pelancong tersebut dipelawa untuk membantu ahli Running Man dalam sebuah cabaran. Pada mulanya, suasana kelihatan tegang kerana mereka hanya mengetahui beberapa perkataan asas dalam bahasa Korea. Hal itu membuatkan barisan selebriti popular Korea itu bimbang misi sukar untuk diteruskan.

Namun, situasi berubah apabila kedua-duanya tetap mencuba untuk memahami tugasan yang diberikan. Saat nama lokasi ‘Gangnam’ disebut oleh Song Ji Hyo, salah seorang daripada pelancong Malaysia itu pantas menyambung dengan jawapan tepat, ‘Namdaemun’, sekali gus membolehkan misi diselesaikan dengan mudah.

@casminyong

Bangga weh. Thank you kak wakilkan org malaysia jumpa runningman tgh shooting😭 Pov credit to : @/amirahyusoffff (thread) runningman malaysia fyp

♬ original sound – D – D

Reaksi teruja ahli Running Man mencetuskan sorakan kegembiraan, manakala Song Ji Hyo dilihat terkejut dengan kepantasan jawapan tersebut. Lebih menghiburkan, apabila ditanya bagaimana mereka mengetahui lokasi berkenaan, pelancong itu bersahaja menjawab bahawa Namdaemun sememangnya antara tempat yang mereka rancang untuk lawati semasa percutian.

Klip insiden berkenaan kemudian dimuat naik di Threads oleh seorang pengguna dengan kapsyen mencuit hati, sebelum meraih perhatian meluas warganet. Rata-rata meluahkan rasa bangga kerana pelancong Malaysia mendapat peluang untuk tampil dalam program popular antarabangsa itu, selain mengharumkan nama negara dalam suasana yang menceriakan.

Kredit: Threads amirahyusoffff, TikTok casminyong

 

[fbcomments]