Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai sukarelawan Malaysia bertukar menjadi detik hitam apabila kapal mereka dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa, sehingga mencederakan beberapa peserta termasuk pelakon dan aktivis, Ardell Aryana.

@sitisakinahhassan

Ya Allah dorang tumbuk Ardell dekat muka dengan ditarik rambut dia.. Haikal plak dipijak. Ada kan video sebelum ni Ardell kata dia kena torture masa tentera issewel tahan dorang tu..lepas tu ada la puak-puak ni komen kenapa eh Ardel macam ni..tengok Farah rilek je..lain orang lain layanannyaaa.. tapi memang kurang ajaarrrr betul tentera laknat issewel ni – 5 Oct 2025 Sumber berita Buletin tv3 #globalsumudflotilla #trending #breakthesiege #breakthesilence

♬ original sound – Cik Siti Sakinah 🌸 – Cik Siti Sakinah 🌸

Rambut Ardell Aryana Ditarik & Muka Ditumbuk Tentera Israel, Aktivis Lain Tidak Dilayan Seperti Manusia

Ardell dilaporkan mengalami kecederaan selepas dikasari ketika operasi serbuan dilakukan. Menurut keterangan peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, beliau ditarik rambut dengan kasar serta ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel.

Insiden itu menyebabkan Ardell mengalami tekanan darah rendah sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di Turki, seperti dimaklumkan oleh suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.

@era.je

Antara yang paling menyentuh hati rakyat Malaysia ialah keadaan Ardell Aryana. Dalam gambar yang tular, Ardell dilihat menggunakan t-shirt putih sebagai hijab bagi menutup kepalanya, simbol kekuatan dan maruah wanita Muslim yang tidak pernah padam walau dalam tahanan. 😭 #sharERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Selain Ardell, beberapa sukarelawan lelaki turut menjadi mangsa layanan tidak berperikemanusiaan. Antara yang terkesan ialah pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, yang didakwa dipaksa membuka pakaian dengan tujuan untuk menghina. Sementara itu, aktivis wanita Heliza Helmi dan Hazwani pula diberikan minuman yang didakwa berasal daripada air paip tandas ketika dalam tahanan, dengan keadaan fasiliti penjara yang kotor.

Fahmi yang kini mewakili barisan peguam bagi 23 sukarelawan Malaysia dalam misi tersebut menegaskan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bukti bagi membawa isu berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah memfailkan aduan rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) serta mengusulkan siasatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, tindakan undang-undang itu penting bagi menekan rejim Israel supaya siasatan terperinci dapat dijalankan terhadap insiden yang jelas melanggar prinsip kemanusiaan. Pasukan guaman berkenaan dijangka mendapatkan maklumat lebih menyeluruh selepas kepulangan sukarelawan ke tanah air.

Kredit: Berita Harian, TikTok sitisakinahhassan &era.je

 

 

[fbcomments]