Pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, mencuri perhatian ramai selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Aliff Syukri & Shahida Hadiahkan Porsche Mewah Buat Anak Sulung

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida menjelaskan bahawa hadiah itu diberikan sebagai kemudahan buat Ammar yang kini menyambung pengajian di sebuah kolej. Menurutnya, pasangan itu sudah lama merancang untuk menghadiahkan kenderaan tersebut selepas anaknya memperoleh lesen memandu.

“Dah lama mama dan papa nak belikan kereta untuk Ammar, cuma kali ini rezeki dia dulu. Kereta ini sebenarnya patut sampai awal tapi ada sedikit kelewatan, jadi kami nak buat kejutan untuk dia. Nampak jelas dia terkejut bila nampak kereta baru itu,” katanya.

Dalam masa sama, Shahida turut menitipkan pesanan penuh makna buat Ammar agar tidak lalai dengan kemewahan dunia dan sentiasa menjaga solat.

“Insya-Allah, akan ada rezeki untuk anak-anak lain nanti bila tiba masanya. Untuk Ammar, mama dengan papa nak pesan, jangan lupa diri, jangan riyak, sentiasa tunduk ke bumi. Ingat, rezeki Allah boleh ditarik bila-bila masa kalau kita tak bersyukur,” ujarnya.

Kredit: TikTok shahidadherbs2

 

[fbcomments]