Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menegaskan bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan perniagaan atau urus niaga dengan Israel, susulan tular satu rakaman video di media sosial yang mendakwa pembungkusan produknya mengandungi tulisan dikaitkan dengan negara tersebut.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSUt1CbL3/
F&NHB Nafi Ada Sebarang Hubungan Perniagaan Dengan Israel, Jelaskan Isu Tulisan Ibrani Pada Produk
Dalam satu kenyataan rasmi, F&NHB menjelaskan bahawa produk yang dipaparkan dalam video berkenaan sebenarnya dieksport secara eksklusif ke pasaran Palestin dan dikilangkan oleh Food Collection Co. yang berpangkalan di Bandar Ramallah.
Menurut syarikat itu, penggunaan tiga bahasa iaitu Inggeris, Arab dan Ibrani, pada pembungkusannya adalah keperluan peraturan tempatan yang diminta oleh pelanggan di sana.
F&NHB turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas keprihatinan serta maklum balas yang diberikan berhubung perkara itu, sambil menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan dan integriti dalam setiap urus niaga.
Terdahulu, tular di aplikasi TikTok sebuah klip memaparkan seorang individu Palestin menunjukkan produk dengan tulisan Ibrani bersama logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus mencetuskan salah faham dalam kalangan pengguna tempatan.
Kredit: TikTok sameralhassanat, Website F&N