Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan dua pelancong asing mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan sekumpulan peniaga makanan laut di sebuah pasar di Semporna, Sabah.
@fantexi812 I bought seafood in Semporna, Malaysia and was scammed by having it swapped. #malaysia #semporna #travel
Pelancong Asing Dakwa Nyaris Ditipu Peniaga Makanan Laut di Semporna
Insiden itu dikongsikan oleh salah seorang pelancong terbabit melalui akaun TikTok miliknya, yang memaklumkan kejadian berlaku ketika mereka ingin membeli lobster di pasar berkenaan. Menurutnya, ketika urusan pembayaran dilakukan, peniaga terbabit enggan menerima wang kertas RM50 yang dihulurkan, dengan alasan ia palsu. Mereka kemudiannya menyerahkan semula wang tersebut sambil mengambil kembali bungkusan lobster.
Pelancong itu bagaimanapun menegaskan wang tersebut adalah tulen dan baru sahaja dikeluarkan daripada mesin ATM. Setelah diperiksa semula peniaga terbabit akhirnya mengakui wang berkenaan sah, namun pada masa yang sama, salah seorang daripada mereka dilihat menukar lobster asal dalam bungkusan dengan udang bersaiz kecil.
![]()
Menyedari tindakan mencurigakan itu, pelancong berkenaan segera mengambil semula wangnya sebelum berlaku pertengkaran kecil apabila kumpulan peniaga itu mula meninggikan suara. Pelancong terbabit kemudiannya memuat naik rakaman insiden tersebut dan meminta orang ramai menyebarkannya agar tindakan tidak beretika seperti itu tidak berulang.
Rata-rata netizen, khususnya penduduk Sabah, mengecam perbuatan peniaga terbabit yang disifatkan mencemar imej negeri itu di mata pelancong asing. Ada juga yang menasihati pengunjung supaya berhati-hati serta memilih lokasi lain untuk membeli makanan laut yang lebih murah dan dipercayai.
![]()
Kredit: TikTok fantexi81