Perjalanan seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) ke ibu kota dengan harapan mencari rezeki bertukar menjadi detik hitam apabila dia menjadi mangsa penipuan dan samun sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

@ezzuchang

Kesian budak India OKU datang KL nak cari kerja. Tapi kena samun dekat TBS😢 #ezzuchang #oppazuzukl #fyp

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Remaja OKU Ditipu Dan Disamun Ketika Cari Kerja Di Kuala Lumpur, Diselamatkan Peniaga Prihatin

Remaja lelaki berkenaan, yang difahamkan sudah kehilangan ibu bapa serta memegang kad OKU kategori masalah pembelajaran, mendakwa dia didatangi oleh seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan sejurus selepas tiba di terminal tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia mengikut individu terbabit, namun malangnya dibawa ke sebuah lorong dan dipukul sebelum semua barangan peribadinya termasuk dompet dan beg disamun.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dilihat tidak berselipar ketika ditemui. Keadaan menyayat hati itu disedari oleh seorang peniaga makanan, Ezzu Chang, yang berkongsi kisah berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya, @ezzuchang.

Tersentuh melihat keadaan remaja berkenaan, Ezzu tampil menghulurkan bantuan dengan memberikan makanan, minuman, dan sepasang selipar. Beliau turut memanggil teksi untuk menghantar mangsa kembali ke TBS selain menghulurkan sedikit wang agar remaja itu dapat pulang ke tempat asalnya.

Menurut remaja tersebut, dia sudah beberapa kali cuba meminta makanan daripada orang awam sebelum itu namun tidak diendahkan. Dalam keadaan sebak, dia mengakui berasa malu dengan nasib yang menimpanya.

Sikap rendah diri remaja itu turut mengundang rasa sebak apabila dia cuba menyentuh kaki Ezzu sebagai tanda terima kasih dan penghormatan, satu perlakuan yang sinonim dalam budaya masyarakat India.

Ezzu dalam pada itu menyeru orang ramai yang mengenali keluarga remaja terbabit agar segera menghubunginya bagi membantu mengesan waris mangsa. Kisah berkenaan mendapat perhatian ramai warganet yang menzahirkan rasa simpati dan memuji keprihatinan peniaga tersebut yang sudi menghulurkan tangan di saat remaja itu berada dalam kesusahan.

Kredit: TikTok ezzuchang

 

[fbcomments]