Polis giat menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan berikat dan tanpa seurat benang di tepi jalan berhampiran anak sungai di kawasan Blue Water Estate, Serdang, pada Rabu.
![]()
Mayat Wanita Berikat Ditemui Tanpa Seurat Benang Di Tepi Jalan Serdang
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis sekitar jam 3.45 petang selepas seorang lelaki menjumpai mayat berkenaan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai seorang wanita berusia lingkungan dewasa dengan ketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang panjang melepasi bahu, memiliki kuku panjang serta memakai subang perak di kedua-dua telinga.
![]()
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam masa sama, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kredit: Sinar Harian