Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 1 November lalu selepas berkecil hati dengan gurauan ibunya akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di Bukit Katil, Melaka.

Gambar Hiasan

Remaja Keluar Dari Rumah Akibat Berkecil Hati Dengan Gurauan Ibu Berhubung Lesen Memandu

Difahamkan, remaja itu bertindak keluar dari rumah selepas ibunya bergurau dengan memintanya membayar semula kos ujian lesen motosikal (B2) sekiranya enggan mengulang ujian tersebut selepas gagal dalam percubaan pertama.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, remaja terbabit dikesan selepas orang awam menyalurkan maklumat mengenai keberadaannya di sebuah restoran dalam mukim sama.

Menurutnya, seorang lelaki memaklumkan ternampak remaja itu mundar-mandir di hadapan rumahnya sekitar 12.45 tengah malam sebelum memberitahu ingin makan di restoran berdekatan.

Hasil semakan rakaman CCTV mengesahkan identitinya dan remaja berkenaan akhirnya ditemui pada jam 10.05 malam dalam keadaan sihat.

Siasatan mendapati, remaja tersebut sebelum ini gagal ujian lesen memandu dan tersinggung dengan gurauan ibunya yang sebenarnya tidak bermaksud serius.

Kredit: Kosmo!

 

[fbcomments]