Sejak mula beroperasi pada 6 Januari lalu, Restoran Rembayung terus menjadi perhatian orang ramai sehingga mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan pelanggan untuk mendapatkan slot tempahan. Walaupun sebahagian berjaya membuat tempahan, masih ramai yang tidak berpeluang kerana jumlah pelanggan yang diterima adalah terhad.
Premis itu hanya mampu menampung kira-kira 200 orang pada satu-satu masa, sekali gus menyebabkan sistem tempahan diperkenalkan bagi mengawal aliran pengunjung.
@watieysoong @Khairulaming #rembayung
Khairul Aming Tegaskan Restoran Hanya Terima Pelanggan Tempahan, Tiada Walk-In
Pengasas restoran berkenaan yang juga pempengaruh serta usahawan terkenal, Khairul Aming, menegaskan premis itu tidak menerima pelanggan walk-in, termasuk dalam kalangan VVIP.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, beliau menjelaskan ahli politik juga tidak dibenarkan hadir tanpa tempahan. Namun, sekiranya terdapat individu berstatus kenamaan dilihat berada di restoran, beliau memaklumkan situasi itu berlaku kerana tempahan dibuat oleh pembantu peribadi (PA), orang kanan atau wakil mereka, yang mana ia dikira sebagai tempahan sah dan berada di luar kawalannya.
![]()
Menurutnya, semua kakitangan telah dimaklumkan mengenai peraturan tersebut bagi memastikan layanan yang adil kepada semua pelanggan. Beliau mengakui pendekatan bertegas itu mungkin menyebabkan dirinya dilihat kejam, tidak berhati perut atau sombong, namun menyifatkan ia sebagai harga yang perlu dibayar demi menegakkan keadilan dalam pengurusan.
Tindakan tersebut menerima pujian ramai, dengan orang ramai menyifatkan beliau sebagai usahawan yang menitikberatkan prinsip keadilan dalam operasi restorannya.
Kredit: TikTok watieysoong