Tindakan sepasang suami isteri warga China yang didakwa membenarkan anak mereka membuang air besar ke dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Tindakan Pasangan Pelancong Biarkan Anak Buang Air Besar Dalam Tong Sampah Di KLIA2 Cetus Kritikan

Perkara itu menjadi perhatian selepas satu hantaran yang tular di aplikasi Threads memaparkan pasangan tersebut dilihat memegang anak mereka ketika kanak-kanak berkenaan membuang air besar ke dalam sebuah tong sampah di kawasan lapangan terbang.

Perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan itu kerana tandas awam disediakan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan berkenaan yang dianggap tidak menjaga kebersihan serta adab ketika berada di tempat awam.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap pekerja pembersihan yang perlu menguruskan keadaan tersebut selain penumpang lain yang turut menggunakan kawasan berkenaan.

Netizen berpendapat tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kemudahan tandas telah disediakan untuk kegunaan pengunjung dan ia melibatkan aspek kebersihan serta keselesaan orang ramai.

Kredit: Thread missayasya

 

[fbcomments]