Suasana dalam sebuah tren bertukar cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba merayu meminta pertolongan dalam keadaan ketakutan, mendakwa dirinya sedang diekori individu yang mahu mencederakannya.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSSxcaWgb/
Lelaki Dakwa Diekori Dan Diugut Bunuh, Minta Pertolongan Dalam Tren Hingga Tular Di Media Sosial
Insiden itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh seorang pengguna TikTok, sekaligus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas meraih lebih 3 juta tontonan.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan menggigil sambil menangis dan berulang kali merayu agar dirinya diselamatkan. Dia turut menunjukkan sehelai kertas yang dipercayai laporan polis, sebagai bukti bahawa aduannya sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Lebih mengejutkan, lelaki itu mendakwa dia telah diburu sejak awal pagi oleh beberapa individu yang diupah untuk membunuhnya. Apa yang lebih menyayat hati, suspek yang didakwa menjadi dalang kepada perbuatan itu merupakan abang kandungnya sendiri.
![]()
“Abang saya ambil insurans atas nama saya. Dia nak bunuh saya. Mereka ikut saya dari pagi,” katanya sambil merayu agar videonya diviralkan untuk mendapatkan bantuan.
Menurut perkongsian pemilik video, dia berasa simpati melihat keadaan lelaki tersebut yang benar-benar kelihatan trauma dan tidak tahu ke mana harus meminta pertolongan.
![]()
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan seorang mualaf dan berdepan konflik keluarga yang berlarutan hingga membawa kepada insiden tersebut.
Susulan penularan video berkenaan, pihak RapidKL turut tampil memberi respons dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi mereka segera.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung dakwaan lelaki terbabit.
Kredit: TikTok urbogrl