Restu keluarga dalam sebuah perkahwinan amatlah penting untuk mendapat keberkatan yang berpanjangan dan diberkati. Namun, baru-baru ini terjadinya sebuah tragedi di India berkenaan seorang lelaki bertindak untuk memenggal kepala adiknya sendiri akibat tidak merestui perkahwinan gadis yang berusia 18 tahun itu.

Bawa Kepala Adik Ke Balai Polis
Berdasarkan sumber yang diambil dari OhBulan!, tragedi tersebut dipercayai berlaku di Uttar Pradesh, India dan gambar diatas memaparkan lelaki yang dikenali sebagai Riyaz sedang berjalan menuju ke balai polis sambil memegang sebuah beg berisi kepala adiknya yang dipenggal olehnya sendiri.
Difahamkan, adik kepada suspek iaitu Aashifa sebelum itu nekad melarikan diri untuk berkahwin bersama jejaka pilihannya iaitu Chad Babu. Pada 20 Julai, Aashifa memaklumkan kepada kaum keluarganya bahawa beliau mahu berkahwin dengan kekasihnya namun tidak mendapat restu keluarga. Disebabkan oleh itu, suspek, Riyaz bertindak berang dengan membunuh dan memenggal kepala adiknya sendiri dengan penuh kejam.
Penduduk Setempat Yang Laporkan Kepada Polis
Menurut OhBulan! lagi, Riyaz yang berjalan kaki sambil membawa beg berlumuran darah itu telah membuat penduduk setempat rasa tidak senang duduk, lalu mereka bertindak untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Pegawai polis Barabanki, Ashutosh Mishra mengesahkan kejadian tersebut.
“Dalam keadaan marah Riyaz mengambil senjata tajam dan memenggal kepala adiknya sebelum memasukkan kepalanya ke dalam beg dan pergi ke balai polis”, jelasnya.
Disebabkan tragedi kejam itu, ia telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara tersebut berikutan sikap melampau kaum lelaki terhadap wanita.
Kredit: OhBulan!