Individu yang kini dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi membabitkan dirinya dan seorang wanita yang didakwa masih bergelar isteri orang.
Isu itu sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi hangat netizen selepas bekas suami wanita berkenaan mendakwa individu tersebut bukanlah lelaki pertama yang pernah dikaitkan dengan bekas isterinya.
“Abang Wiring” Tampil Bersuara, Akui Kesilapan & Rayu Netizen Hentikan Kecaman Terhadap Keluarganya
Dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Hairul Ezuan iaitu lelaki yang dikaitkan dengan gelaran ‘Abang Wiring’, mengakui kesilapan dirinya dan menerima segala kecaman yang dilemparkan.
Bagaimanapun, Hairul merayu agar orang ramai tidak menyeret ahli keluarganya, terutamanya isteri dan anak-anak, ke dalam kancah kecaman yang sedang hangat di media sosial.
“Saya sedar dan saya akui salah saya. Saya terima apa saja pandangan dan kritikan. Tapi saya mohon jangan libatkan keluarga saya,” katanya dalam kenyataan tersebut.
![]()
Menurutnya lagi, dia berhasrat menjelaskan segala perkara satu demi satu bagi mengelakkan kekeliruan dan memberi kefahaman jelas kepada semua pihak yang mengikuti isu berkenaan.
Hairul juga menegaskan bahawa setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan menyerahkan soal dosa kepada Tuhan, namun mengingatkan agar netizen berhati-hati dalam mengeluarkan komen yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Isu ini tercetus selepas seorang lelaki tampil mendedahkan kemelut rumah tangganya yang hanya bertahan selama enam bulan bersama seorang guru, yang kemudiannya didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, termasuk Abang Wiring.
Kredit: Facebook Hairul Ezuan