Pelakon dan pengacara terkenal Malaysia iaitu Neelofa telah mendedahkan nama anak keduanya setelah genap seminggu bersalin. Nama Abdullah Abbas telah menjadi pilihan Neelofa dan PU Riz selepas merujuk hadis baginda Rasulullah SAW.

Gabungan Dua Nama Dengan Kisah Tersendiri

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas. Nama yang paling disukai Allah antaranya, Abdullah, maka, permulaan namanya adalah Abdullah.

“Manakala Abbas pula, Nabi SAW sendiri pernah doakannya (Ibn Abbas). Dan berkat doa Nabi, maka, taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda, ternyata sangat fakih (bijak)”, tulis Neelofa yang panjang di laman Instagram miliknya.

Semoga Abbas Dapat Sebarkan Ke Seluruh Alam Dah Besar Kelak

“Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi dai yang menyampaikan dakwah seluruh alam. Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini, hanya Allah sahaja yang tahu”, tambah Neelofa lagi.

Neelofa yang sebelum ini merahsiakan nama anak kelahiran kedua ini kerana mahu genapkan seminggu, kini sudah didedahkan dengan penuh terperinci dan tidak meninggalkan sebarang tanda tanya. Tahniah Neelofa atas kelahiran Abdullah Abbas di muka bumi. Semoga dia akan menjadi anak yang soleh dan penuh rasa bertanggungjawab dah besar kelak.

Kredit: Instagram Neelofa, Harian Metro

[fbcomments]