fbpx

Seperti yang kita semua tahu, baru-baru ini pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah menahan dan menyiasat mengikut undang-undang susulan beberapa laporan yang diterima.

Bagaimanapun, satu perkongsian Sajat di Instagram menjadi perhatian ramai apabila dia seakan ‘memberontak’ apabila sering mempersoalkan kebebasan hak asasi manusia.

Baju kurung hanya untuk wanita

Nampaknya dia mula mempersoalkan jika terdapat mana-mana surah al-Quran yang mengatakan baju kurung hanya boleh dipakai untuk kaum wanita selain turut menegaskan dirinya masih menutup aurat.

Buat kebaikan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan. Ada ke mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita??

Saya pakai tutup aurat.. cuba bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita,

Justeru itu, Sajat meminta pihak berwajib untuk memberi ulasan yang lebih kerana baginya tiada tertulis di dalam al-Quran bahawa pakaian tersebut hanya untuk wanita.

Sajat juga sempat membidas mengenai isu semasa yang disifatkan lebih keji daripada tindakan yang dilakukan oleh dirinya.

Kalau saya salah saya minta maaf. Sebab itu yang saya tahu dalam surah. Selanjutnya boleh minta pihak berwajib ulaskan.

Kecoh sangat bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah! Korang pergi masukan daging lembu tanpa status halal atau haram macam mana pula? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu statusnya.

[fbcomments]